Waktu Solat Selangor

جمعة
14 Rejab 1434
Sekarang : Asar (16:36)
Seterusnya : Maghrib (19:20)

Ceramah Perdana – Malam 100,000 Selawat

Kategori : AktivitiAktiviti Lepas

Pada 27hb Februari telah di adakan salah satu siri ceramah perdana sempena Maulidur Rasul. Walaupun kita telah memasuki bulan Rabiul Akhir namun sambutan di teruskan agar Rasulullah s.a.w senantiasa diingati ketika masyarakat semakin terdedah kepada dunia materialistik yang mengasyikkan.

Habib Abdullah Muhammad Jahaf dijemput khas bagi menjayakan program malam 100,000 selawat yang bermula dari jam 7.00 petang. Lebih daripada 500 kehadiran yang terdiri daripada masyarakat Islam Kota Kemuning, pelajar-pelajar mahad tahfiz dan anak-anak yatim di jemput khas untuk bersama-sama memuliakan Baginda s.a.w.

Kemerduan suara anak-anak berselawat dengan penuh semangat bersama-sama Habib Abdullah Jahaf jelas membuktikan Nabi Muhammad s.a.w masih dekat di hati mereka. Semoga ianya berpanjangan dan berkekalan.  Setelah selesai berselawat dan solat Isyak  serta solat Hajat berjemaah, para hadirin disajikan dengan juadah yang telah disediakan oleh pihak surau.

Surau Al Hijrah akan meneruskan program-program sedemikian bagi menghidupkan kembali syiar Islam di dalam kehidupan kita seperti mana yang diajar oleh Baginda s.a.w. Sesungguhnya Islam Ad-Din – Way of Life.

Pihak Surau Al Hijrah ingin merakamkan penghargaan kepada mereka yang telah menyumbang dari segi wang ringgit, tenaga dan apa saja bagi menjayakan program ini. Kami berdoa kepada  Allah s.w.t semoga tuan-tuan dan puan-puan di beri ganjaran yang mulia.

 

Oleh : admin Pada : 28 Feb 2012 -- Jam : 09:33:33